0

Android Phone Hardware Benchmark

Posted by McRain on Sabtu, Julai 30, 2011 in
Telefon Dual-core Android yang pertama LG Optimus 2X kini di pasaran dan banyak lagi yang akan menyusul selepas ni. NVIDIA menjanjikan prestasi yang lebih baik dengan kehadiran Tegra 2 berasaskan System-on-a-chip (SoC).

So kat sini Ad nak letakkan perbezaan dua superphones Android dan beberapa telefon lain melalui beberapa siri penanda arasan untuk kita tengok sama-sama perfomance dia yg Ad dapat dari Laman Web Android.



Banyak sebenarnya model-model Android yang lain, tapi kita mulakan dengan enam model terpilih jek untuk ujian kali ni. Phone yang diuji termasuk dua phone Tegra 2 (Atrix 4G dan Optimus 2X), dua phone Android 2.3 (Nexus S dan Nexus One), HTC G2, dan Motorola Droid.
Semua phone di reboot bersih sebelum ujian dan semua run guna OS asal daripada Android. WiFi diaktifkan utk berikan simulasi real world.
  
Neocore adalah salah satu penanda arasan tertua bagi menguji GPU dan mengukur prestasi OpenGL ES 1.1. LG Optimus 2X berjaya menghasilkan skor tertinggi 77.2 frame sesaat. Motorola Atrix 4G ketinggalan dalam ujian ini sebab resolusi yang tinggi (960 x540), so kena kerja lebih sket utk proses pixels yg banyak tu.

p/s: Alasan biasa kononya banyak kerja nak buat so lambat le proses, meh tgk apa yg tersembunyi sebenarnya disebalik angka tu:-

4G Motorola Atrix 540 x 960 = 518,400 pixels
 Pada 55fps * 518000 pixels = 28490000 piksel per saat

LG Optimus 2X 800 x 480 = 384,000 pixels
 Pada 77fps * 384000 pixels = 29568000 piksel per saat
29568000 / 28490000 = 1.038

So mmg resolusi skrin menerangkan perbezaannya tetapi Optimus 2X masih 4% lebih cepat.


Nenamark1 adalah satu lagi penanda aras popular untuk mengukur prestasi OpenGL ES 2.0. Sekali lagi Optimus 2X meninggalkan pesaing2 lain dan diikuti oleh S. Nexus.


Smartbench 2011 adalah penanda aras perisian multi-core yang mengukur prestasi keseluruhan smartphone. Ia melaporkan Produktiviti dan Indeks Permainan termasuk permainan 3D.  Tegra 2 menunjukkan prestasi produktiviti 3 kali ganda lebih daripada sumer phone single core. Dalam skor permainan, Optimus 2X sekali lagi mendahului yg lain2.

GLBenchmark 2.0 telah direka untuk mengukur potensi sebenar OpenGL ES 2.0. Optimus 2X mmg jelas menunjukkan kelancaran terutama pada prestasi GPU.


JavaScript test je ni...
Kedua-dua Tegra 2 menonjol dalam melaksanakan Javascript.


Susah sebenarnya nak buat perbandingan prestasi GPU sebab terdapat perbezaan resolusi paparan tapi jelaslah GPU GeForce pada Tegra 2 menawarkan prestasi yang paling pantas di pasaran sekarang.  Secara umumnya processor Tegra 2 lebih cekap berbanding dengan single core processor walaupun tidak banyak aplikasi yang optimum untuk memanfaatkan kelebihan multi-core processor ni.

Walaupun RAM LG Optimus 2X just separuh je berbanding RAM Atrix 4G, ia dapat memberikan persaingan dalam penanda aras GPU.  So bagi gamers, LG Optimus 2X mmg worth buy since leh support Android 2.3 dan macam2 3D games dalam Android market berbeza dgn Samsung Galaxy SII yg setakat ni ada yg review GPU dia x byk game yg boleh support dgn baik. Nnt Ad akan update U olls ttg chip Exynos daripada Samsung.

2011 - The Year of  Smartphone with Dual-Core Processor (Tegra 2)
2012 - The Year of Smartphone with Quad-Core Processor (Tegra 3)



3

LG Optimus Black

Posted by McRain on Selasa, Julai 12, 2011 in

LG Optimus Black bukan tergolong dalam smartphone dual-core, tp pada Ad ianya tergolong dalam smartphone worth buy. Dengan harga lebih kurang RM1300 utk Android phone kelas pertengahan tinggi mmg berbaloi.

  
Salah satu benda yang menarik ttg Optimus Black ni adalah skrin Nova IPS yang bisa memberi pengalaman visual yg terbaek.  Skrin ni mmg sama bahan binaan mcm iPhone 4 cuma pixel count hanya 800X480 pixel (iphone 4 retina display 960X640 pixel). Tp x hairan la sbb skrin Optimus Black 4 inci dan iPhone 4 3.5 inci mmg mempengaruhi pixel per inch.  Tapi! skrin Optimus Black dapat mencapai keterangan contrast setinggi 700nits, iphone 4 hanya 530nits.

Okay cukup arr bezakan skrin, meh kita tgk sesama spec Optimus Black ni:-

Saiz: 122 x 64 x 9.2 mm, 109g (ringan beb!!)

Skrin: IPS Skrin 4.0 Inci Gorilla Glass

CPU/GPU: 1 GHz Cortex-A8 processor, PowerVR SGX530 GPU, TI OMAP 3630 chipset

Memory: 512RAM, 2GB ROM

Kamera : 5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus, Flash LED
Kamera 3G: 2 MP
Rakaman Video: HD 720p@30fps

OS: Android OS, v2.2 (Froyo), boleh upgrade ke 2.3 Gingerbread

WLAN: Wi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA, Wi-Fi Direct, Wi-Fi hotspot

Lain-lain:- microUSB v2.0, microSDHC slot (support 32GB), port earphone 3.5mm, GPS/A-GPS, Kapasiti Bateri 1500mAh, Dolby Mobile.


Benda lain yg menarik? Tebal phone ni hanya 9.2mm berat pun hanya 109g, sgt sesuai utk gadis2. Tp satu Ad x gemar, kedudukan kamera utama dia kat belah tepi, so klu org kidal lenguh le nak amik gambar or video. 

Optimus Black ni ada satu butang G kat belah kiri phone ni, ni cam fucntion key ler kat komputer. Ad belum boleh kenal pasti gunanya, yg pasti fungsinya sama cam function key kat komputer.

So bg Ad phone ni mmg tergolong dlm worth buy smartphone, kira kena la dengan harganya. Tp kita masing2 ada citarasa sendiri, tepuk wallet tanya bakinya...


LG Optimus Black : LG Optimus White

0

Nokia N10 - Smartphone 3 OS?

Posted by McRain on Isnin, Julai 11, 2011 in

N9 baru je dilancarkan 21 Jun lepas, kat Malaysia pun baru2 ni je sampai stok.

 Ehem! Ehem! Mengumumkan Nokia N10: Concept Phone baru dari Nokia yang boot guna 3 OS.



Phone ni istimewa utk u olls yang buntu masa nak pilih OS apa yg terbaik masa nak beli phone. Hmmm lepas ni x pyh pening2, N10 ni leh pilih OS apa nak guna. Agak2 boring dgn MeeGo tuko Windows Phone, boring dgn WP tuko Android lak. Pilihan Di Tangan Anda...

Pencipta Concept Phone ni nama dia Mohammed Shihuzaan, phone ni direka khas utk peminat2 My Dream Nokia.


Tiga pilhan OS yang dibekalkan:-

MeeGo-Harmattan 1.2
Windows Phone Mango 7.5
 Android's Ice Cream Sandwich


Meego dan WP Mango adalah default OS, tak leh remove dari phone. Android adalah salah satu OS pilihan yg phone ni boleh support. Kita tgg dan lihat apa yg Hackers leh buat, manalah tau iOS leh install dalam phone ni. Hah camne?


Jom kita tgk spec phone ni serba sedikit:-

Body: White-Anodized aluminum casing

Skrin: Curved Gorilla Glass dengan teknologi Clear Black Display (AMOLED) 480 x 854, 3.9-inch  capacitive. Anti-glare polariser

Memory: 1 GB RAM , 32/16 GB internal.

CPU: Dual-core 1.2GHz
GPU: Mali-400MP

Kamera: 8 MP, 3264×2448 pixels, Carl Zeiss optics, autofocus, dual LED flash, 1080p@30fps
Lain2: v2.0 microUSB (MHL), USB On-the-go, FM radio with RDS, Dolby Mobile sound enhancement; Dolby Headphone support, NFC

Stand-by time: Up to 380 h (2G) / Up to 450 h (3G)


Butang utama kat bawah dah tukor guna LED, so mudah ler masa tuko OS.

 Nokia N10: Triple Boot Smartphone

0

Nokia N950 - Bocor Lagi

Posted by McRain on Isnin, Julai 04, 2011 in

Baru-baru ni CEO Nokia ada umumkan model Nokia N950 iaitu model pertama siri dual-core dari Nokia. Sebelum ni dah banyak leaked images dlm web, tp ini yg terkini...


Spec N950 belum clear lagi...

Yang uniknya kedudukan kamera depan kat bawah skrin, biasanya kat atas kan. U Olls (pinjam ayat member) nak tau naper kamera depan dok kat situ???


Ini adalah satu evolusi dalam skrin sentuh, teknologi yang dipanggil Air Induction Touch Ultrasonic one of the tech yg Nokia minta dipatenkan pada tahun 2008. Still pending... Well dgn tech baru ni kita hanya guna gesture tanpa sentuh skrin, xde lg masalah kesan cap jari pada skrin.
Ada yg gelar tech ni Over The Air Gesture Control.

OS yang digunakan MeeGo, kamera utama 12MP dgn LED flash dan skrin 4 inci dgn resolusi 480x854 pixel.

Nokia N950 MeeGo ni akan dilancarkan pada Nokia Connection yang akan datang. So kita tunggu dan lihat...


0

iOS 5

Posted by McRain on Isnin, Julai 04, 2011 in
Lama lagi kot nak tgg iPhone 5 kuor, so bg pengguna iphone 4 boleh ler try iOS5 Beta Version.



 
Sistem iOS 5 ni diperkenalkan masa persidangan WWDC 2011 yg lepas. September nnt baru secara rasmi kuor utk user, for the time being pengguna iPhone4 leh ler try dulu...



Utk setting lepas install iOS5 kat iPhone 4, phone akan balik ke setting asal. Pilihan utk set semula iphone baru  or restore dari iCloud akan diberi.  UI x byk berubah, OS edition je berubah ke 5.0 dan icon ipod digantikan dgn icon music.



iMessage adalah software yg membolehkan kita hantar & terima message guna Gmail, message yg lepas pun kita leh view. Fungsi Reminder pun ada beza sket, ada add up location guna GPS.


Banyak function lain yg masih x berapa clear lagi, tp yg pasti dengan sokongan iCloud membuatkan iOS5 lebih hebat dari yg sebelumnya. iOS 5 ni jugak dapat meningkatkan image quality utk gambar dan yg lebih baik support Full HD (1080p) playback ngan recording. Yang pasti Apple tambah features Full HD ni pada iPad2 melalui iOS 5 ni.

Apa pun nnt Ad akan update pas dpt berita terkini pasal iOS 5 or iPhone 5.
Untill next  time, Bubbye...

Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Free Blogger Templates created by The Blog Templates