0
Android Phone Hardware Benchmark
Posted by McRain
on
Sabtu, Julai 30, 2011
in
Mobile Phone
Telefon Dual-core Android yang pertama LG Optimus 2X kini di pasaran dan banyak lagi yang akan menyusul selepas ni. NVIDIA menjanjikan prestasi yang lebih baik dengan kehadiran Tegra 2 berasaskan System-on-a-chip (SoC).
So kat sini Ad nak letakkan perbezaan dua superphones Android dan beberapa telefon lain melalui beberapa siri penanda arasan untuk kita tengok sama-sama perfomance dia yg Ad dapat dari Laman Web Android.
Banyak sebenarnya model-model Android yang lain, tapi kita mulakan dengan enam model terpilih jek untuk ujian kali ni. Phone yang diuji termasuk dua phone Tegra 2 (Atrix 4G dan Optimus 2X), dua phone Android 2.3 (Nexus S dan Nexus One), HTC G2, dan Motorola Droid.
Semua phone di reboot bersih sebelum ujian dan semua run guna OS asal daripada Android. WiFi diaktifkan utk berikan simulasi real world.
Neocore adalah salah satu penanda arasan tertua bagi menguji GPU dan mengukur prestasi OpenGL ES 1.1. LG Optimus 2X berjaya menghasilkan skor tertinggi 77.2 frame sesaat. Motorola Atrix 4G ketinggalan dalam ujian ini sebab resolusi yang tinggi (960 x540), so kena kerja lebih sket utk proses pixels yg banyak tu.
p/s: Alasan biasa kononya banyak kerja nak buat so lambat le proses, meh tgk apa yg tersembunyi sebenarnya disebalik angka tu:-
4G Motorola Atrix 540 x 960 = 518,400 pixels
Pada 55fps * 518000 pixels = 28490000 piksel per saat
Pada 55fps * 518000 pixels = 28490000 piksel per saat
LG Optimus 2X 800 x 480 = 384,000 pixels
Pada 77fps * 384000 pixels = 29568000 piksel per saat
Pada 77fps * 384000 pixels = 29568000 piksel per saat
29568000 / 28490000 = 1.038
So mmg resolusi skrin menerangkan perbezaannya tetapi Optimus 2X masih 4% lebih cepat.
Nenamark1 adalah satu lagi penanda aras popular untuk mengukur prestasi OpenGL ES 2.0. Sekali lagi Optimus 2X meninggalkan pesaing2 lain dan diikuti oleh S. Nexus.
Smartbench 2011 adalah penanda aras perisian multi-core yang mengukur prestasi keseluruhan smartphone. Ia melaporkan Produktiviti dan Indeks Permainan termasuk permainan 3D. Tegra 2 menunjukkan prestasi produktiviti 3 kali ganda lebih daripada sumer phone single core. Dalam skor permainan, Optimus 2X sekali lagi mendahului yg lain2.
GLBenchmark 2.0 telah direka untuk mengukur potensi sebenar OpenGL ES 2.0. Optimus 2X mmg jelas menunjukkan kelancaran terutama pada prestasi GPU.
JavaScript test je ni...
Kedua-dua Tegra 2 menonjol dalam melaksanakan Javascript.
Susah sebenarnya nak buat perbandingan prestasi GPU sebab terdapat perbezaan resolusi paparan tapi jelaslah GPU GeForce pada Tegra 2 menawarkan prestasi yang paling pantas di pasaran sekarang. Secara umumnya processor Tegra 2 lebih cekap berbanding dengan single core processor walaupun tidak banyak aplikasi yang optimum untuk memanfaatkan kelebihan multi-core processor ni.
Walaupun RAM LG Optimus 2X just separuh je berbanding RAM Atrix 4G, ia dapat memberikan persaingan dalam penanda aras GPU. So bagi gamers, LG Optimus 2X mmg worth buy since leh support Android 2.3 dan macam2 3D games dalam Android market berbeza dgn Samsung Galaxy SII yg setakat ni ada yg review GPU dia x byk game yg boleh support dgn baik. Nnt Ad akan update U olls ttg chip Exynos daripada Samsung.
2011 - The Year of Smartphone with Dual-Core Processor (Tegra 2)
2012 - The Year of Smartphone with Quad-Core Processor (Tegra 3)
Catat Ulasan