0

Sony Ericcson Xperia Mini Pro

Posted by McRain on Khamis, Jun 30, 2011 in
Beberapa hari lepas kawan Ad ada bgtau Ad yg dia nak beli SE X10 mini pro. Ad bgtau yg SE ada model baru pengganti X10 mini pro x lama lg nak kuor. So harap-harap dia dpt bersabar sket...

Sony EricssonXperia Mini Pro ni upgrade dari X10 Mini Pro even though nampak cam sama.


Sedikit info spec Xperia Mini Pro:-

Saiz: 92 x 53 x 18 mm

Skrin: 320 x 480 pixels, 3.0 inci

Memory: 400MB storage, MicroSD support sampai 32GB (2GB MicroSD disertakan)

RAM: 512MB

Sokongan Penyambungan: Wi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA, Wi-Fi hotspot

Bluetooth: Version 2.1 dgn A2DP

USB: Version 2.0 microUSB

Kamera: 5 MP, 2592x1944 pixels, autofocus, LED flash (Geo-tagging, image stabilization, smile and face detection, touch focus)
Kamera 3G: VGA
Rakaman Video: HD (720p)

Operating System: Android 2.3 (Gingerbread)

CPU/GPU: 1GHz Scorpion processor, Adreno 205 GPU, Qualcomm MSM8255 Snapdragon

 Warna Pilihan: Hitam, Putih, Pink, Turquoise
  


Ada gak upgrade lain cam skrin ditambah teknologi Mobile Bravia Engine cam SE Arc, cantek la sket paparan dia berbanding X10MP. Kamera walaupun sama tp perakam video dah ditingkatkan ke HD dan ditambah kamera 3G kat depan. Leh le buat video call....


CPU pun dah 1GHz, OS pun Android 2.3, ada Timescape dan butang keyboard yg baru ni selesa sket utk user.
 
Keyboard bukan sektakat selesa tp dilengkapi fungsi Smart Keyboard atau Keyboard Pintar yg dapat ramalkan aktiviti yg bakal dijalankan.  Ni bukan style pak belalang tau, belum cakap dah tau... Keyboard ni akan memberi pilihan yg berbeza bergantung pada aktiviti kita contohnya masa baca e-mail keyboard ni akan bg pilihan cam reply, foward dll.


Sony Ericsson ada kuor kenyataan yg mereka akan bg update utk phone ni yg mana Xperia Mini Pro ni akan menyokong Facebook Inside.


Sony Ericcson Xperia Mini Pro - Android Powered Smartphone For Easy Messaging

0

Nokia 600 Prototype - Bocor Sudah

Posted by McRain on Selasa, Jun 28, 2011 in

Dah beberapa hari tak update blog, so today Ad nak update dgn satu lagi model prototype dari Nokia.

Hasil risikan selama beberapa hari ni Ad dapat leaked info ttg phone ni, memperkenalkan Nokia 600 (nama x official lagi tau) dengan codename Cindy


Phone ni run guna symbian belle PR3.0, tgk UI phone ni...


Nokia Connection akan reveal model ni dan beberapa model lain antaranya Nokia 700, Nokia 701 dan Nokia 500 x lama lg.  Sumer phone ni run guna Symbian^3 Belle (PR 3.0) dan CPU ARM 1GHz...


Mengikut sumber2 yang boleh dipercayai (cam biasa dgr jek ayat ni), phone ni Nokia target user dari kalangan belia.. ya betul belia sbb derang golongan "Beli Ya". Eh apa aku mengarut ni...
Nokia target golongan belia salah satu sbb harga yg akan ditawarkan agak rendah pasal spec phone ni cam basic jerrr. Kamera 5MP, skrin AMOLED 3.2 inci, sokong NFC dan CPU ARM 1GHz.


Prototype ni guna browser version 8.1 dalam OS Symbian Belle.

Nokia 701 dgn codename Hellen model gantian C7
Nokia 700 dengan codename Zeta akan jadi smartphone Nokia yang paling nipis.

Apa2 berita terkini nnt Ad akan update dalam blog ni, so teruskan bersama adpointofview




Shhhhh!!!! Rahsia tau....

0

Nokia X10

Posted by McRain on Khamis, Jun 23, 2011 in
Kali ni aku nak citer sket pasal monster phone yg stakat ni masih dlm kategori prototype dari Nokia.  Dalam gambar kat atas , Nokia X10 ni run guna OS Symbian Anna, nampak cantik kan...


Phone ni best bro, x caya tgk List Spec smartphone ni:-

OS: Symbian Anna  (PR2.0) atau Belle (PR3.0)
Speaker: Quad (4) Stereo Speakers
Skrin: Super Amoled Plus – Clear Black Display – 16 M Colors, 1280×720 Screen Resolution, 4.5 inch Display – Dragontrail Glass Display
Kamera: 15 MP Carl Zeiss optics, autofocus, Dual Xenon flash, 1/1.83” sensor size, ND filter
Kamera Depan: 5 MP Carl Zeiss optics, EDoF, Xenon flash, face detection
Perakam Video: Definasi Tinggi Penuh (Full HD 1080p @ 30fps)
Processor/CPU: 2 GHz Quad-Core Processor
Memory: 32 GB Storage – 2 GB ROM – 2 GB RAM (support MicroSDXC 64GB)
Lain-lain: TV-out (1080p video) via HDMI with Dolby Digital Plus sound geo-tagging, face detection, sensor jarak (Proximity), sensor cahaya (Ambient light), sensor haba (Thermo),Magnetometer sensor, Gyro sensor 3 paksi, USB on the go, Near Field Communication (NFC) dan DLNA.


Kali ini Nokia bekalkan battery Li-Ion 2000 mAh bg menampung keperluan raksaksa ni terutama bahagian kamera, dual xenon flash kat belakang dan single xenon flash kat depan.  Kamera utama dia best bro 15MP, so amik gambar Apa Pun Boleh tp ralat sket sbb sensor imej sama saiz besar dgn N8 hmmmm.... tp kamera depan 5MP!!! best bro, senang la self potrait dgn kualiti yg baik x payah nak pusing2 phone lagi.


Rumours says phone ni akan berada dipasaran Disember 2011 atau Januari 2012 dan akan kuor skali dgn adik beradik dia Nokia Windows Phone W10 guna OS Windows Phone 7.5 dari Microsoft.


Nampak x lambang windows kat phone tu, nampaknya kerjasama Nokia dan Microsoft telah bermula.

Nokia X10 - Smartphone Quad Core

2

Sony Xperia Active

Posted by McRain on Khamis, Jun 23, 2011 in
Sony Xperia Active dilancakan bersama dengan Sony Xperia Ray masa CommunicAsia kat Singapore.  Besanya kalau jari basah susah nak guna phone touchscreen, ha... phone ni direka khas utk mereka yg suka bersukan sbb skrin sentuh phone ni dpt berfungsi dgn baik walaupun jari korang basah. Bagi mereka yang hyperhydrosis bleh ler try phone ni.

Selain tu phone ni kalis air dan kalis debu sesuai sgt utk dirt biker, bukan waterproof tau so jg bawak gi  berenang plak. Utk display, Mobile Bravia Engine diintergerasikan pada skrin 3 inci phone ni utk kesan paparan yg lebih baekkk...

Sket sebanyak spec phone ni:-

Saiz: 92 x 55 x 16.5 mm 110.8 g
Skrin : 320 x 480 pixels, 3.0 inches
Kamera: 5 MP, 2592х1944 pixels, autofocus, LED flash
Processor: 1GHz Scorpion processor
Warna: Oren/Hitam, Putih/Hitam
Memori : 320 MB (keciknya...) tp card Micro SD 2GB dibekalkan sekali. Kad Slot Micro SD support sampai 32GB
Lain-lain: Wi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA, kamera 3G, micro USB 2.0,  perakam video HD (720p), OS Android 2.3 Gingerbread.


Xperia Active - The Ultimate Smartphone For An Active Life

0

Ice Cream Sandwich

Posted by McRain on Khamis, Jun 23, 2011 in
Ice Cream Sandwich ni OS Android yang akan dilancarkan hujung tahun ni. 

OS ni support sumer device tak kira la skrin kecik ataupun besor sbb dia auto adapt dgn saiz skrin. Yg bestnya OS ni open source x mcm Honeycomb 3.0, so mudah utk developer bangunkan software. Lebih ramai developer = lebih banyak software dlm android market.

Function 3D pun ada, dgn OpenGL headtracking OS ni boleh track muka kita cam mata, hidung dan lain-lain utk bg pengalaman 3D yang berbeza.

Nampaknya hasrat Google untuk buat satu OS utk semua device tercapai dgn OS baru ni.

Google Android Ice Cream Sandwich - "One OS that's runs everywhere"

0

Communication 101

Posted by McRain on Rabu, Jun 22, 2011
 
Kita hidup dalam dunia ni mmg akan berhubung antara satu sama lain, tak kisahlah untuk apa kerja, cinta, berkawan dan lain-lain. Banyak cara kita boleh berkomunikasi, tapi hari ni aku nak kongsi sket basic communication.

Bila kita cakap dengan diri sendiri, itu namanya Monolog

Bila kita cakap dengan orang lain dan orang lain cakap lik ngan kita,  itu namanya Dialog

Bila kita cakap dan orang lain tu cakap lik time yang sama, itulah yang dipanggil GOBLOK... :)

Bila kita berhenti bercakap dan kita tulis/taip pastu orang lain lak komen hasil nukilan kita, itulah Web Log AKA Blog namanya hehehe...

Banyak cara untuk kita berkomunikasi antara satu sama lain, yang penting kita semua bahagia hendaknya. 

So happy Blogging....

0

Nokia N9

Posted by McRain on Selasa, Jun 21, 2011 in
 Hari ini 21 Jun 2011, Nokia telah melancarkan N9 yang menggunakan OS MeeGo  v1.2 Harmattan.



"All it takes is just a swipe"


 Spec phone ni secara ringkas:-
Saiz: 116.5 x 61.2 x 12.1 mm, 76 cc
Berat: 135g
Skrin: 854 x 480 pixels, 3.9 inci AMOLED, Corning Gorilla Glass, Anti-glare polariser
 Processor: 1GHz Cortex A8 CPU, PowerVR SGX530 GPU
Kamera: 8 MP, 3264x2448 pixels, Carl Zeiss optics, autofocus, dual LED flash
Bateri: 1450mAh
Memori Dalaman: 16GB/64GB
RAM: 1GB 
Akhirnya baru Nokia sedar keperluan skrin resolusi tinggi dalam pasaran sekarang yang mementingkan penampilan. Tak sabar rasanya nak tunggu Nokia X10/W10 (Kamera 15MP, 2GHz Quad-Core, 2GB RAM, 2GB ROM)

Nokia N9 - Now everything's just a swipe away. 

0

Samsung Galaxy S II

Posted by McRain on Selasa, Jun 21, 2011 in
Smartphone dengan gelaran 3S Speed (kelajuan), Screen (paparan skrin) dan Slim (Nipis).  Phone ni telah mendapat gelaran Smartphone ternipis di dunia menewaskan Sony Experia Arc dengan ketebalan 8.49mm.


















Spesifikasi tidak banyak berubah daripada Galaxy S, skrin Super AMOLED Plus 4.3inci yang ditambah enjin pemprosesan imej DNIe+ dapat memberikan pengalaman visual yang lebih baik. Processor ditingkatkan kepada 1.2GHz dual-core ARM Cortex A9 dan kamera 8MP yang dapat menyokong perakaman video berdefinasi tinggi penuh (Full HD 1080p). Kamera depan juga telah ditingkatkan kepada 2.0MP.

















OS yang dibekalkan adalah Android 2.3 Gingerbread digabungkan dengan UI Touchwiz 4.0 yang baru. Antaramuka Unlock telah ditambah baik, so dapat dibuka dari semua arah.  Kalau mesej baru masuk atau ada missed call, semuanya akan terpapar di sisi antaramuka unlock (tp bubblelock dari Nokia gerek seh...)

Aplikasi lain yang ada cam Kies Air, boleh ler connect dengan hp lain or komputer melalui wifi kalau nak share file. Mini Diary plak boleh connect trus dengan Google dan Gagebu, software yg bleh record segala perbelanjaan.

0

LG Optimus 3D

Posted by McRain on Selasa, Jun 21, 2011 in


Satu lagi pioneer product daripada LG selepas memperkenalkan handphone dual-corenya iaitu Optimus 2X.  LG Optimus 3D mempunyai pelbagai fungsi yang handal dilengkapi dengan processor Texas Instrument TI OMAP4 dengan frekuensi 1GHZ ditambah dengan GPU SGX540.  Kebolehan video decoder meningkat 4 kali ganda lebih daripada pesaing dalam kelasnya, kuasa pemprosesan juga meningkat 2 kali ganda.


Antara spesifikasi yang menarik perhatian adalah kamera dua lensa 5MP yang membolehkan kita mengambil gambar stereoscopic (3D) dan video 3D berdefinasi tinggi (HD 720p).  Sekiranya kita mahu mengambil video 2D, rakaman boleh dibuat sehingga definasi tinggi penuh (Full HD 1080p)Selain itu ia dilengkapi dengan skrin 4.3inci dengan teknologi naked eye 3D atau 3D mata kasar yang mana kita tidak lagi memerlukan cermin mata khas untuk melihat kandungan 3D.
Cara penyambungan juga telah dipelbagaikan antaranya bluetooth 3.0, HDMI dan DLNA. Memori dalaman cuma 8GB, dengan keperluan sekarang memang nampak seperti tidak mencukupi.  Tambah aje memori luaran (MicroSDHC), boleh support sampai 32GB. OS yang dibekalkan Android 2.2 (Froyo), tp boleh upgrade ke 2.3 (gingerbread) dan dikhabarkan dapat beroperasi dengan lancar. Harap-harap boleh support Ice Cream Sandwich yang bakal keluar tak lama lagi.

Kini bermula lah Era Smartphone 3D...

0

Tulis apa-apa je...

Posted by McRain on Selasa, Jun 21, 2011
Presenting my personal blog, hahaha...
Atas dasar sikap ingin tahu dan iri hari tengok kawan-kawan aku ada blog, so dengan bangganya aku mengikuti jejak langkah derang.
Still new in blogging, x tau apa nak tulis so tanya sifu aku apa aku nak tulis. Dia kata "Tulis apa-apa je"
Until next time, BUBBYE!!!...

Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Free Blogger Templates created by The Blog Templates