0

LG Optimus 3D

Posted by McRain on Selasa, Jun 21, 2011 in


Satu lagi pioneer product daripada LG selepas memperkenalkan handphone dual-corenya iaitu Optimus 2X.  LG Optimus 3D mempunyai pelbagai fungsi yang handal dilengkapi dengan processor Texas Instrument TI OMAP4 dengan frekuensi 1GHZ ditambah dengan GPU SGX540.  Kebolehan video decoder meningkat 4 kali ganda lebih daripada pesaing dalam kelasnya, kuasa pemprosesan juga meningkat 2 kali ganda.


Antara spesifikasi yang menarik perhatian adalah kamera dua lensa 5MP yang membolehkan kita mengambil gambar stereoscopic (3D) dan video 3D berdefinasi tinggi (HD 720p).  Sekiranya kita mahu mengambil video 2D, rakaman boleh dibuat sehingga definasi tinggi penuh (Full HD 1080p)Selain itu ia dilengkapi dengan skrin 4.3inci dengan teknologi naked eye 3D atau 3D mata kasar yang mana kita tidak lagi memerlukan cermin mata khas untuk melihat kandungan 3D.
Cara penyambungan juga telah dipelbagaikan antaranya bluetooth 3.0, HDMI dan DLNA. Memori dalaman cuma 8GB, dengan keperluan sekarang memang nampak seperti tidak mencukupi.  Tambah aje memori luaran (MicroSDHC), boleh support sampai 32GB. OS yang dibekalkan Android 2.2 (Froyo), tp boleh upgrade ke 2.3 (gingerbread) dan dikhabarkan dapat beroperasi dengan lancar. Harap-harap boleh support Ice Cream Sandwich yang bakal keluar tak lama lagi.

Kini bermula lah Era Smartphone 3D...

0 Comments

Catat Ulasan

Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Free Blogger Templates created by The Blog Templates